Showing posts with label Cookies. Show all posts
Showing posts with label Cookies. Show all posts

Wednesday, 23 July 2014

Koleksi Biskut Raya 2014

Minty Flower

Snowy Coconut

Sarang Semut

Oreo Crush

Samperit Kastard

Teratai Layu

Clover's White Almond

Tart Nenas

Almond London

Nestum Square

Golden Oat Crunch

Black and White

Wednesday, 18 June 2014

Rainbow Cookies

Well....rasanya hari ni genap seminggu kot since last Exhibition & Assessment Day rabu lepas.. seronok sangat dapat balik awal dari kawan2..SORRY guys...hehe.. ekceli kawan2 aku kena amik MUET.. kalu tak silap hari ni diorang ada Listening Test.. Good Luck Kawan2..Do Your Best!! :) 

Dah lama sangat aku tak hapdet blog nih..berhabuk sudahhh.. Almaklumlaa bz ngan tesis..ecece.. Aku pun tak nak cakap panjang lebar..just nak share resepi Rainbow Cookies atau lebih dikenali sbg Biskut Lidah Kucing yang kazen aku cakap superbb sangat rasanya! 

Biskut ni takde lahh susah sangat pon kalu nak di bandingkan dgn biskut2 lain yang penah aku buat..yang jadi payah & susah bila takde acuannya..huhuhu..

Ni lah kejadian hari sabtu minggu lepas.. tengok jgn tak tengok yee.... hehehe...



Honestly, memang aku tak pakai acuan.. sebab memang aku takde acuannya...hahaha! Ooppss..terlebih sudaa.. :P harga acuan utk biskut ni takde laa mahal sangat pon..cuma aku tak tergerak hati nak beli.... So..hari ni aku nak share resepi utk bakers yang rasa nak try buat biskut ni tapi takde acuannya...


Resepi : Rainbow Cookies Tanpa Acuan
Sumber : Citarasawan

Bahan-bahan untuk 25 pcs:

125 gm Mentega
88 gm Gula Kastor
50 ml Putih Telur
100 gm Tepung Gandum
25 gm Tepung Jagung
1/8 Sudu Kecil Emplex (Perangup Biskut)

Food Colouring : Red & Lemon Yellow.. aku just pakai dua warna ni je sebab ikot selera tekak..x boleh nak telan banyak2 kaler..huhuhu..

Cara-cara:
1) Ayak tepung gandum, tepung jagung & emplex. Ketepikan.
2) Pukul mentega & gula hingga berkrim.
3) Masukkan putih telur sedikit demi sedikit & putarkan hingga sebati.
4) Masukkan bahan2 yang dah diayak tadi & kaup balikkan dengan spatula hingga sebati.
5) Bahagikan adunan kepada dua bahagian & letakkan pewarna.
6) Masukkan adunan yang telah diwarnakan kedalam piping bag & picit mengikut lakaran seperti dalam gambar dibawah.


7) Mulakan piping adunan dari luar hingga ke tengah diselang-selikan dengan warna berbeza.
8) Bakar dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu. Bakar sehingga masak. Jangan biarkan permukaan biskut keperangan sebab akan menenggelamkan warna biskut.

Mudah kan???

Tips : 
* Alaskan dulang pembakar dengan lakaran acuan yg besar pada Baking Sheet untuk memudahkan proses piping adunan.
*Jarakkan lakaran acuan kerana biskut ni mengembang semasa dibakar.
*Jangan guna lakaran yang susah kerana akan menyukarkan proses piping adunan.



Monday, 7 April 2014

Biscotti (Simplest Recipe)

Dah 7 weeks aku tak balik umah sejak start sem hari tuh..hbes separuh sem baru nak balik..hoho.. bukan ape..bz ngan tesis..(kunun laa...) memang dah lame sangat aku tak jenguk buddies aku yg kat dapo..rindu sangat kat oven..rindu nak membaking sebenornye..hehe.. so hari nie macam takde ape je nak dibuat, aku usha2 lerr bahan2 ape je yg ade utk membaking..nak tahu ape je yang ade??? ni hah....



macam sikit jee..hehe.. ekceli nie bahan2 utk buat Biscotti.. :P aku malas nak membebel malam2 nie..jom tengok acane nak buat Biscotti versi aku yg simple2 nih.. :)


Bahan-bahan :
150 gm Badam (di celur dahulu)
100 ml Putih Telur (anggaran 3 hingga 4 biji telur)
125 gm Gula Aising
1 Sudu Kecil Vanilla Extract (nak guna vanilla essence pun boleh)
120 gm Tepung Superfine

Cara-cara:
1. Pukul putih telur hingga kembang & gebu.
2. Masukkan vanilla extract & gula aising.
3. Pukul lagi bahan2 tadi hingga soft peak.
4. Masukkan tepung, kaup balik adunan.
5. Masukkan badam, kaup balik hingga sebati.
6. Alaskan dulang pembakar dgn aluminium foil atau baking sheet. Panaskan oven selama 10 minit.
7. Ratakan adunan ke dalam dulang pembakar & bakar pada suhu 120c selama 20-25 minit (bergantung pd oven masing2) atau sehingga perang muda.
8. Sejukkan ke dalam peti ais selama beberapa jam..
9. Kemudian potong & susun atas dulang pembakar..pastikan guna pisau superr tajam tau time nak potong tuu...hehe..
10. Bakar lagi selama 20-25 minit pada suhu yg sama.

Mudah kan???

nie la rupa soft peak tu..adunan kental & tak jatuh..


 adunan yg diratakan atas dulang pembakar..snowwyyy gituwh! :D


 haa... yg niee baru keluar dari peti ais.. macam roti pun ade..hehe..


siap!! dah boleh mencekik pun...haha.. rasanya??memang crunchy..! ^_^


Selamat Mencuba!! :)