Wednesday 18 June 2014

Rainbow Cookies

Well....rasanya hari ni genap seminggu kot since last Exhibition & Assessment Day rabu lepas.. seronok sangat dapat balik awal dari kawan2..SORRY guys...hehe.. ekceli kawan2 aku kena amik MUET.. kalu tak silap hari ni diorang ada Listening Test.. Good Luck Kawan2..Do Your Best!! :) 

Dah lama sangat aku tak hapdet blog nih..berhabuk sudahhh.. Almaklumlaa bz ngan tesis..ecece.. Aku pun tak nak cakap panjang lebar..just nak share resepi Rainbow Cookies atau lebih dikenali sbg Biskut Lidah Kucing yang kazen aku cakap superbb sangat rasanya! 

Biskut ni takde lahh susah sangat pon kalu nak di bandingkan dgn biskut2 lain yang penah aku buat..yang jadi payah & susah bila takde acuannya..huhuhu..

Ni lah kejadian hari sabtu minggu lepas.. tengok jgn tak tengok yee.... hehehe...



Honestly, memang aku tak pakai acuan.. sebab memang aku takde acuannya...hahaha! Ooppss..terlebih sudaa.. :P harga acuan utk biskut ni takde laa mahal sangat pon..cuma aku tak tergerak hati nak beli.... So..hari ni aku nak share resepi utk bakers yang rasa nak try buat biskut ni tapi takde acuannya...


Resepi : Rainbow Cookies Tanpa Acuan
Sumber : Citarasawan

Bahan-bahan untuk 25 pcs:

125 gm Mentega
88 gm Gula Kastor
50 ml Putih Telur
100 gm Tepung Gandum
25 gm Tepung Jagung
1/8 Sudu Kecil Emplex (Perangup Biskut)

Food Colouring : Red & Lemon Yellow.. aku just pakai dua warna ni je sebab ikot selera tekak..x boleh nak telan banyak2 kaler..huhuhu..

Cara-cara:
1) Ayak tepung gandum, tepung jagung & emplex. Ketepikan.
2) Pukul mentega & gula hingga berkrim.
3) Masukkan putih telur sedikit demi sedikit & putarkan hingga sebati.
4) Masukkan bahan2 yang dah diayak tadi & kaup balikkan dengan spatula hingga sebati.
5) Bahagikan adunan kepada dua bahagian & letakkan pewarna.
6) Masukkan adunan yang telah diwarnakan kedalam piping bag & picit mengikut lakaran seperti dalam gambar dibawah.


7) Mulakan piping adunan dari luar hingga ke tengah diselang-selikan dengan warna berbeza.
8) Bakar dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu. Bakar sehingga masak. Jangan biarkan permukaan biskut keperangan sebab akan menenggelamkan warna biskut.

Mudah kan???

Tips : 
* Alaskan dulang pembakar dengan lakaran acuan yg besar pada Baking Sheet untuk memudahkan proses piping adunan.
*Jarakkan lakaran acuan kerana biskut ni mengembang semasa dibakar.
*Jangan guna lakaran yang susah kerana akan menyukarkan proses piping adunan.



No comments:

Post a Comment