Wednesday 18 June 2014

Kek Planta

Terrrajin pulak hari ni aku menghapdet blog..hehe.. Just nak share resepi Kek Planta yg aku cedok dari Majalah Rasa Edisi Bumper Julai 2012.. Punyala dah lama resepi tu baru semalam aku try..haha!

Haa...ni lahh hasil kejadian semalam..rupanya??no komen.. tapi rasanya memang berbaloi2 buat.. Jimat..Cepat & paling penting sedap!! gebus gebasss gituwwhhh...


Bahan-bahan :

480 gm Marjerin Planta
480 gm Gula Halus/Gula Kastor
6 Biji Telur
240 gm Tepung Gandum
2 Sudu Kecil Serbuk Penaik/Baking Powder
2 Sudu Besar Susu Pekat Manis
2 Sudu Kecil Esen Ros
2 Sudu Besar Serbuk Koko | dicampur 1 Sudu Besar Milo
2 Sudu Besar Esen Vanilla


Cara-cara:

1) Pukul merjerin & gula hingga kembang.
2) Kemudian, masukkan telur satu per satu & kacau perlahan.
3) Masukkan tepung, serbuk penaik dan susu pekat manis. Kacau sebati.
4) Apabila sebati, bahagikan adunan kepada 2 bahagian, 1 bahagian dicampurkan esen ros dan 1 bahagian lagi dicampurkan serbuk koko & milo.
5) Tuangkan adunan campuran esen ros kedalam loyang diikuti adunan campuran serbuk koko.
6) Bakar pada suhu 180c selama 45 minit atau sehingga masak.

Mudah kan??? Selamat Mencuba! ^_^

No comments:

Post a Comment