100g mentega
140g coklat hitam
6 biji telur, diasingkan putih dan kuning
140g badam kisar/serbuk badam (aku bakar dulu)
85g gula castor
Cara-cara :
1. Mula2 panaskan dulu oven pd suhu 170 c. pakai api atas & bawah.
2. Sediakan loyang springform..xkesah la saiz ape2 pun..tp jgn beso sangat.. pastu alas loyang tu dengan baking sheet & sapu mentega seluruh bahagian dalam loyang.
3. Untuk buat kek, pecah2kan coklat hitam (aku pakai cooking chocolate je..nk sedap boleh pakai chocolate compound ye..) & cairkan b'sama mentega secara double-boiler..pastu biar dye menyejuk..
4. Masukkan kuning telur & serbuk badam ke dalam campuran coklat tadi & kacau sebati..ketepikan.
5. Dalam mangkuk berasingan yang BERSIH, pukul telur hingga kembang sikit (soft peak), masukkan gula castor & pukul hingga kembang sepenuhnya (stiff peak).. texture dye ala2 mousse gtu ye..
6. Campurkan sepertiga putih telur (stiff peak) tadi kedalam adunan coklat & badam, kacau sebati (bagi adunan coklat tu cair sikit)..
7. Masukkan lebihan putih telur ke dalam adunan coklat tadi, kaup balik perlahan-lahan.
8. Tuang adunan kek ke dalam loyang & bakar selama 35-45 minit hingga kek naik & permukaan atas kek kering.. sejukkan kek dalam oven dengan regangkan sedikit pintu oven..
9. Bila kek dah sejuk, keluarkan kek dari loyang dan tanggalkan kertas pembakar.. Hidangkan kek atas pinggan.
Nipis je torte aku nih sbb pkai loyang springform beso.. saiz 9" kalu x silap.. :) |
Bahan-bahan untuk Ganache :
150g coklat hitam
150ml krim putar (whipping cream)
1. Potong coklat hitam.. ketepikan..
2. Panaskan whipping cream di dalam periuk kecil sehingga mendidih.
3. Masukkan coklat hitam kedalam whipping cream yang dipanaskan tadi.. kacau sebati sehingga ganache licin dan berkilat.
Cara penyediaan :
Tuang ganache ke atas kek
Cara menghias :
Sejukkan lebihan ganache sehingga keras sedikit, kemudian pukul ganache menggunakan mixer sehingga gebu dan paipkan ke atas kek menggunakan nozzle.
Chocolate Almond Torte aku yang x sempat dihias sbb x sabo2 nk mencekik..muehehe.. |
No comments:
Post a Comment